Wednesday, February 17, 2010

Cuci Sawang


Fuh fuh fuh sorry ya nak cuci habuk banyak sangat ni,maklumla bz ckit sejak dua menjak ,tahun 2010 ni aku dah bertukar status aku dah jadi laki orang hahahah,tahniah untuk aku,Yang beratnya tanggungjawab pun dah bertambah,dulu nak fikir isi perut sendiri ja sekarang nak isi dua perut termasuk aku,tapi alhamdulillah segalanya berjalan denganm lancar dan doa-doakanlah kesejahteraan aku ye......daaaa

Monday, April 20, 2009

The end is here.......


Hmmm...........post ni bermula dengan keluhan panjang,kenapa jadi macam ni,sepatutnya rasa ni dah aku buang 4 tahun lalu,tapi still menikam-nikam dalam jantung aku,macam di jemput2 plak,
maybe sebab first **** kot,semua bermula sbb aku dan berakhir pun sbb aku,jadi sapa yang salah??????aku la sapa lagi,kenapa la dunia ni kecik sangat,bak kata orang penang,pi mai pi mai tang tu jugak,aku klau bleh memang dah x mau ingat dgn kenangan2 indah yg
menyakitkan tu tapi aku x bleh paksa rasa tu untuk pergi,sebab aku cuma hamba allah yang dikurniakan dengan hati dan perasaan,statement maut yang aku harap aku x lihat atau dengar tersergam indah di tetingkap PC tempat keja aku(he3... aku dh tunang on da 15th march... kenduri nnt aku jemput k... =).Walaupun ayat ni nampak typical je,tapi dah cukup untuk buat aku termenung seketika,akhirnya aku dah bleh berhenti berharap,pintu telah tertutup,nasi dah jadi bubur,harapan tinggal harapan,so apa yang aku bleh buat? marah?layakkah,geram?berhakkah,siapa aku?nothing.........x dak pertalian apa pun,hanya orang asing yang singgah sebentar dalam perjalanan melalui kitaran hidup di dunia.................
Rasa??siapa aku untuk menyimpan rasa itu yang sememangnya telah lama dia BUANGGGGG
so sebagai insan yang pernah hadir dalam hidup dia(X kisah la dia peduli atau X)aku doakan dia bahagia....................................


ps:Sorry klau post ni sedikit jiwang........ok aku tipu banyaaaak jiwang,
bukan apa cuma menyesali perbuatan sendiri.........

Miscommunication

Catatan si isteri
6:30 am
- aku bangun tidur untuk kejutkan abang, tapi abang sudah bangun dulu.. pelik..
7:30 am
- kelakuan abang mmg pelik pagi ini, seolah2 ada sesuatu yang tak kena.. dia masih belum berkata2 walau sepatah..
8:00 am
- aku menghantar abang ke pintu, aku cium tangannya, tapi air muka abang masih muram.. aku risau.. apa yang telah aku lakukan sehingga mengguris hati abang..?
9:00 am
- aku menelefon abang di ofis, tapi tak berjawab.. mungkinkah meeting..? atau dia masih marah dengan aku..? aku bersangka baik, walaupun risau..
12:30 pm
- abang tak pulang untuk makan tengahari.. masih sibukkah abang di ofis..? kerisauan aku makin bertambah.. aku ingin menanyakan abang, adakah aku telah mengguris hati nya sehingga dia berkelakuan sebegini..?
5:30 pm
- abang pulang awal.. tapi masih tidak bercakap dengan aku.. dia menghempaskan dirinya di atas sofa, sambil tangannya diletakkan di atas dahi.. aku segera memeluknya, bertanyakan apakah kesilapan ku.. dia hanya diam, cuma berkata tak ada apa2 yang berlaku.. aku menangis.. sepanjang perkahwinan kami, abang tak pernah berkelakuan sebegini.. adakah abang..?
8:30 pm
- abang masuk tidur awal, tanpa menonton tv seperti selalu.. aku masih menangis di ruang tamu.. aku rasakan rumahtangga ku telah musnah.. adakah ada penghalang cinta kami di luar sana..? adakah abang telah berpaling ke perempuan lain..? oh tuhan.. tolonglah aku..

Catatan si suami
9:00 am
-Tak guna arsenal boleh kalah plak ngan chelsea,bodo punya fabianski gol macam tu pun bleh lepas,Pot pet #@#$@@$%#@@@@(carutan di sini terpaksa di censored kan)

PS:jadi jangan biarkan pasangan anda meroyan x tentu pasal......

Monday, March 16, 2009

kahwin dan aku



salam semua,hish tensionnya aku x tau nak update apa,boringnya hidup aku kan??Haaaaaa ingat dah,ingat dah,ari ahad aritu ada kenduri kawen kat umah aku,dia ni member skolah aku,kira kecik2 dulu sama2 membesar la,mula2 berjinak2 dlm zaman kanak2 yg nakal dgn dia la,tapi x pa abaikan yg aku nak tekankan disini soal KAWEN,pasepa bila aku pi kenduri kawen ja mesti ada soklan2 cepumas mcm ni"Hang bila lagi?","bila nak makan nasik minyak hang ",anak menakan ada dah,anak sendiri bila lg",tensionnya aku,ni semua salah adik aku la sapa suh kawen awai2 ,tgk aku jgk yg jadi mangsa keadaan,tapi x pa yg penting dia bahagia akupun tumpang bahagia huhu,yang depa ni pun dok kalut tanya awat depa nak sponsor aku kawen ka?(ada nada marah di situ).aku bukannya apa cuma definasi kawen bg aku terlalu kompleks,kawen bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata2,kawen bererti kita bergerak dari satu fasa ke fasa yg lain dalam hidup kita,macam2 yg kita perlu sedia,mental,fizikal dan yg paling utama skali kewangan.Pertama dari segi mental bersediakah kita untuk menjadi seorang yg bertanggungjawab bukan saja pada diri sendiri tetapi sebuah keluarga yg baru dan kita sebagai ketua(yg ni aku fail sebab aku x pernah jadi ketua, dalam persatuan sejarah dan geografi masa sekolah dulu pun aku jadi ajk saja),layakkah kita membimbing bakal isteri kita nanti sedangkan kita sendiri pun jalan kadang2 tersesat jgk,semua tu still menghantui aku,kewangan pula misalnya blh menjadi punca runtuhnya masjid yg dibina,lg satu klau kawen kita kena korbankan satu perkara yg paling penting bg individu yg bernama lelaki iaitu FREEDOM.kita kena kurangkan hangout bersama kawan2,bukan x blh tapi tergamak kah kita tinggal isteri sorang2 kat umah kan ka x elok, Jadi pada pendapat aku klau seseorang itu sudah membuat keputusan mendirikan rumahtangga hendaklah dia prepare segala2nya terlebih dahulu minda kena ubah setting,financial kena teratur dan yg paling penting hargailah bakal suri hidup kita tu sebaik2nya kerana dia adalah satu anugerah pada kita bukannya hadiah yg boleh kita buang kalau x suka.

Akhir kata,masjid yg dibina bukan untuk diruntuhkan,lebih baik ditangguhkan dulu pembinaan masjid itu klau kita sekadar membinanya dgn sambil lewa,biar lambat asalkan masjid yg dibina utuh sehingga ke akhir hayat,ingatlah penceraian adalah satu2nya perkara halal yg dimurkai oleh allah,renung2kan adn timbang2kan

Monday, February 23, 2009

Me at AJL 23


salam to kawan2,sebenarnya cita ni dah lama tapi since aku baru lg dlm dunia blogger ni so apa salahnya aku wat entry ni kan,anyway enjoy the pic




ni la kali pertama aku tgk ajl live walaupun usiaku dah menjangkau 25 tahun,tapi aku harap ini bukan yg terakhir(sambil menjeling pada member aku yg bg tiket free)

apapun secara kesuluruhannya aku terhibur dgn persembahn pada malam tu walaupun ada sesetengahnya picing lari sana sini(ceh macam pro lak aku ni)
akhir kata renung2kan dan timbang2kan,salammmmmm

Thursday, February 19, 2009

Meeting dan aku





lama nya x update maklum la,br berkecimpung dlm dunia blogger ni lg pun idea x byk lagi,arini ada meeting utk semua exec bersama gm kami,alhamdullillah dalam kemeriahan kegawatan ekonomi sana sini,kilang aku masih lg stabil malah ada bisnes baru yg akan masuk march ni,pulak tu nak di adakan re-layout besar-besaran sebab nak tambah production line baru haha,so betapa bertuahnya aku rasa menjadi salah seorang drpd pekerja di sini walaupun jawatan x penting mana.....,aku pernah terfikir masa nak quit jgk mas mula2 dulu lgpun masa mula2 keja dulu aku mcm x berapa seronok keja sini,kawan pun x ramai,tapi nasib baik berkat dorongan beberapa individu akhirnya hampir 3 tahun aku bertapak dan membina karier di sini,jadi kepada yg terfikir nak cr keja baru sy rasa baik fikir 2,3 kali,lgpun zaman skrang ni bukan senang nak dpt keja,katakanlah anda dpt kerja baru tiba2 x sampai setahun dua jd kes mcm skrang,company tu tutup atau bangkrup x ke naya tu,jadi penganggur terhormat la jawabnya....k la smpi sini sj post kali ni,renung-renungkan dan timbang2 kan adiossssssssss

Tuesday, February 17, 2009

Perasmian Blog


(tepukan yg gemuruh oleh adik2 dari tadika kemas teluk kumbar) ehmm........ehmmm.......di sini saya dgn penuh rasa rendah diri ingin merasmikan blog yg x seberapa ini di harapkan keboringan kisah hidup dan pandangan sy tentang alam fana ini dapat dijadikan iktibar atau tauladan untuk orang2 yg sudi menyinggah di teratak buruk saya ni.terima kasih,akhir kata renung2kan dan timbang2kan,salam