Monday, March 16, 2009

kahwin dan aku



salam semua,hish tensionnya aku x tau nak update apa,boringnya hidup aku kan??Haaaaaa ingat dah,ingat dah,ari ahad aritu ada kenduri kawen kat umah aku,dia ni member skolah aku,kira kecik2 dulu sama2 membesar la,mula2 berjinak2 dlm zaman kanak2 yg nakal dgn dia la,tapi x pa abaikan yg aku nak tekankan disini soal KAWEN,pasepa bila aku pi kenduri kawen ja mesti ada soklan2 cepumas mcm ni"Hang bila lagi?","bila nak makan nasik minyak hang ",anak menakan ada dah,anak sendiri bila lg",tensionnya aku,ni semua salah adik aku la sapa suh kawen awai2 ,tgk aku jgk yg jadi mangsa keadaan,tapi x pa yg penting dia bahagia akupun tumpang bahagia huhu,yang depa ni pun dok kalut tanya awat depa nak sponsor aku kawen ka?(ada nada marah di situ).aku bukannya apa cuma definasi kawen bg aku terlalu kompleks,kawen bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata2,kawen bererti kita bergerak dari satu fasa ke fasa yg lain dalam hidup kita,macam2 yg kita perlu sedia,mental,fizikal dan yg paling utama skali kewangan.Pertama dari segi mental bersediakah kita untuk menjadi seorang yg bertanggungjawab bukan saja pada diri sendiri tetapi sebuah keluarga yg baru dan kita sebagai ketua(yg ni aku fail sebab aku x pernah jadi ketua, dalam persatuan sejarah dan geografi masa sekolah dulu pun aku jadi ajk saja),layakkah kita membimbing bakal isteri kita nanti sedangkan kita sendiri pun jalan kadang2 tersesat jgk,semua tu still menghantui aku,kewangan pula misalnya blh menjadi punca runtuhnya masjid yg dibina,lg satu klau kawen kita kena korbankan satu perkara yg paling penting bg individu yg bernama lelaki iaitu FREEDOM.kita kena kurangkan hangout bersama kawan2,bukan x blh tapi tergamak kah kita tinggal isteri sorang2 kat umah kan ka x elok, Jadi pada pendapat aku klau seseorang itu sudah membuat keputusan mendirikan rumahtangga hendaklah dia prepare segala2nya terlebih dahulu minda kena ubah setting,financial kena teratur dan yg paling penting hargailah bakal suri hidup kita tu sebaik2nya kerana dia adalah satu anugerah pada kita bukannya hadiah yg boleh kita buang kalau x suka.

Akhir kata,masjid yg dibina bukan untuk diruntuhkan,lebih baik ditangguhkan dulu pembinaan masjid itu klau kita sekadar membinanya dgn sambil lewa,biar lambat asalkan masjid yg dibina utuh sehingga ke akhir hayat,ingatlah penceraian adalah satu2nya perkara halal yg dimurkai oleh allah,renung2kan adn timbang2kan